Ada sedikit keistimewaan pada musim cuti sekolah lepas. Jika insiden clients sanggup menukar tarikh perkahwinan, semata-mata photographer tidak available pada tarikh pilihan asal.. mungkin sudah berbelas kali dilalui. Namun istimewa pada minggu tersebut, kerana ada 2 pasangan pengantin yang gagal menempah kerana faktor yang sama. Akhirnya mereka mengambil inisiatif menempah untuk sesi post-wedding/outdoor session completed dengan 1 set custom/storybook album.
Kesanggupan mengabaikan fotografi majlis akad & sanding, semata-mata inginkan karya Fazrien Photography.. benar-benar menggambarkan kepercayaan para clients terhadap saya. Terima kasih & insya Allah saya akan cuba melakukan yang lebih baik pada masa akan datang. Saksikan sedikit gambar pasangan Noni & Herris. Sorry lambat upload, Noni sudah text saya beberapa kali, kerana tertunggu-tunggu gambar beliau.. hehe.
Album masih dalam peringkat designing, akan diprint & deliver secepat mungkin. Lambakan tempahan pada musim cuti sekolah menyaksikan tempoh penyiapan album (normal ialah 2-4 minggu) dilanjutkan ke tempoh 3-6 minggu. Masih pantas bukan? hehe..
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
Entry hari ini adalah gambar majlis perkahwinan pasangan Alom & Adie. Majlis sudah berlangsung hampir 3 minggu lepas, namun hari ini baru tiba giliran untuk diorang. Nak buat camna, queue dah panjang sangat tunggu turn untuk di upload gambar.. huhu.
Banyak kisah menarik dengan Alom ni. Rasa-rasanya dah 3 kali beliau menukar tarikh majlis perkahwinan kerana setiap date pilihan sudah disambar/ditempah clients lain. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga beliau menempah servis Fazrien Photography dengan mengambil jalan selamat menempah pada weekdays Ahad (di Trg ni Ahad hari bekerja).
Semasa sesi outdoor, awan gelap sudah mula berarak pantas. Kami hanya sempat snap 3-4 keping gambar sebelum hujan turun. Kemudian bergegas ke Kuala Ibai, tetap hujan juga. Akhirnya decide ke Taman Tamadun Islam, sempat la photoshoot 15 minit sebelum hujan. Tapi dapat juga snap pelangi kat situ, sebab hujan panas. :)
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
Giliran entry pasangan Nur Syamimi & Fadli Hisyam. Mimi merupakan antara orang yang menempah awal, sejak tahun lepas lagi date pilihan sudah ditempah. Majlis pula amat meriah, ramai tetamu yang berkunjung. Pasangan pengantin memberikan kerjasama yang baik dalam sesi fotografi dan masih banyak lagi gambar-gambar menarik diorang, cuma kali ini saya pilih gambar secara random.. kerana faktor kesuntukan masa.
Ada 5 pasangan lagi gambar belum diupload di blog, sabar ye. Saya fokuskan kepada penyiapan album. Entry Mimi ini didahulukan kerana pengantin ingin menyiapkan foto slideshow di dewan, untuk majlis resepsi di Putrajaya pula. Enjoy!
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
Sebenarnya entry ini potong queue, giliran entry pengantin lain. Namun alang-alang saya sudah start edit beberapa gambar majlis ini, so saya post teruslah di blog.. hehe. Kebetulan saya perlu siapkan softcopy cepat, kerana pengantin baru ini sudah ingin berangkat ke oversea semalam.
Majlis ini merupakan majlis akadnikah sahaja, untuk pasangan pengantin Dr. Nurul & Dr. Hazriq. Majlis diadakan sebelah malam di Chendering, sejurus saya selesai tugasan siang hari di Dungun. Berkejaran dari Dungun sebaik selesai photoshoot pada jam 630 petang, nasib baik saya hired part-time staff, jadi driver last week. At least fotografer boleh berehat dan lelapkan mata sebentar di dalam perjalanan. :)
Enjoy!
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344