Minggu lepas, dalam kesibukan dengan tugasan wedding photoshoot & kerja-kerja editing yang berlambak, masih sempat saya berjaga 3 malam, untuk menyiapkan office baru. Semua kerja bermula dari rombakan dinding, mengecat, pembelian perabot & susunatur office dilakukan sendiri, dengan bantuan beberapa rakan. Walaupun tidak terlalu besar & lengkap, namun sudah cukup untuk keselesaan saya & clients yang bertandang. Lagipun saya bekerja sendirian, staf hanya dihire part-time semasa musim sibuk. :)
Kepuasan kerana ia disiapkan dengan menggunakan hasil penat lelah kerjaya fotografi selama 2 tahun ini, bermula dari zero & seorang jobless. Moga momentum positif ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang. Cemuhan-cemuhan yang diterima, pemulauan & penyisihan kerana perbezaan pendapat & ketidakbukaan pemikiran dari pesaing fotografi, kutukan-kutukan di ruangan forum fotografi, kritikan kononnya tiada asas teknikal fotografi, gambar tidak mengikut rules, kritikan harga terlalu tinggi (untuk elakkan client booking), kritikan harga terlalu murah (apabila client tetap booking)… hanya membakar semangat untuk saya buktikan kebolehan & sentiasa positif ke hadapan.
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
Sekadar video biasa (saya sudah upload di facebook semalam) untuk menunjukkan beberapa sampel album yang ada di office Fazrien Photography. Banyak lagi album, namun preview yang ditunjukkan sudah cukup untuk clients melihat antara album-album yang mendapat permintaan tinggi. Video ini khas dibuat sebentar semalam (kira-kira 1 jam), memandangkan ramai clients yang requested. Katanya, susah nak bayangkan bentuk album jika sekadar melihat menu ALBUM di blog ini.
Maaf jika kualiti video yang kurang memuaskan, kerana sekadar menggunakan video mode di kamera Nikon D90. Juga first time menggunakan Adobe Premiere Pro. Terlampau cetek lagi ilmu videografi, itu pun terkial-kial nak settle problem frequency video kamera Nikon D90 apabila berada di bawah cahaya lampu fluorescent.
RAKAN FACEBOOK
Juga terima kasih kepada viewers FAZRIEN Photography yang banyak memberikan sokongan & respons positif di Facebook saya. Apabila masuk berbelas komen dalam masa setengah jam, amat sukar nak balas cepat & serentak. Tapi itu tidak bermakna saya tidak membaca komen anda, saya tetap baca. Para clients & pengkomen tetap my FB, anda semua tetap tersemat di hati… kerana sokongan berterusan anda. Enjoy!
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
Secara sepintas lalu pada entry ini, saya paparkan beberapa jenis album terkini yang ditawarkan di Fazrien Photography. Untuk melihat secara dekat, dan banyak lagi pelbagai sample album, boleh aturkan temujanji di ofis saya.
TYPE 1 (custom/storybook album)
Merupakan album terlaris ditempah oleh pelanggan Fazrien Photography sejak dahulu hingga kini. Ditawarkan dalam pelbagai saiz dari kecil hingga besar. Lengkap dengan crystal cover, wooden box dan helaian dalam yang keras, tebal serta tahan lama.
.
TYPE 2 (photoalbum)
Jenis terbaru yang ditawarkan disebabkan ianya mendapat permintaan khusus daripada beberapa bakal clients. Mempunyai helaian begitu banyak (100++ mukasurat) dan gambar diprint besar tanpa crop setiap helaian, supaya memberikan lebih kepuasan kepada anda. Amat sesuai dijadikan album tambahan atau replace dengan album custom.
.
TEMPAHAN
Booking semakin pantas, juga semakin banyak panggilan telefon atau email, yang saya terpaksa memberikan jawapan mendukacitakan. Ianya disebabkan date sudah ditempah clients lain terlebih dahulu. Namun, penghargaan kepada 2 clients yang menempah KHUSUS untuk sesi outdoor sahaja (post wedding). Disebabkan date majlis perkahwinan sudah ditempah client lain, mereka tetap inginkan hasil karya foto saya untuk diabadikan di dalam album. Justeru sesi outdoor dijalankan pada weekday hari-hari berikutnya, tanpa gambar di sesi majlis. Thanks ya :)
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
Sabtu lepas, office Fazrien Photography dikunjungi oleh beberapa pelajar Universiti Darul Iman (UDM) yang berkeinginan melakukan study case terhadap perniagaan Fazrien Photography, bagi melengkapkan tugasan subjek pembelajaran mereka di universiti. Buat adik-adik tersebut, semoga maju jaya dan moga tugasan tersebut lengkap dan cemerlang.
TEMUJANJI
Minggu ini saya akan berada di Kuala Lumpur, so siapa yang berhajat bertemu di ofis Kuala Terengganu, sila alert. Atau bagi sesiapa yang berada di Kuala Lumpur, boleh atur temujanji pada Ahad.. samada nak booking, nak lihat sample, nak confirmkan tempahan atau nak belanja saya minum.. hehe.
Bagi yang ingin bertemu pada cuti Tahun Baru Cina, sila atur temujanji juga ya, kerana 13th & 14th Feb saya sibuk dengan photoshoot. So kita perlu mencari waktu sesuai untuk sesi temujanji di office… maybe on 12th or 15th Feb.
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344