FAZRIEN Photography diasaskan oleh Shamsul Fazrien pada awal 2008. Merupakan graduan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai 2002 dalam jurusan Quantity Surveying. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang berkaitan business, artistik dan kreativiti, Fazrien bertekad untuk bekerja sendiri dan menceburkan diri dalam bisnes sebaik sahaja tamat pengajian tinggi.

Fazrien Ketika Sesi Photoshoot Untuk Projek Advertising – Februari 2009
Sepanjang tahun 2003-2007, Fazrien mula berniaga kedai internet dan pelbagai bisnes kecil-kecilan di bandar Kuala Terengganu dengan modal yang teramat terhad. Perniagaan pertama membuka peluang untuk Fazrien mengenali passion beliau yang sebetulnya dan mencambahkan minat beliau di dalam fotografi, hasil pengamatan berterusan gambar-gambar perkahwinan menerusi internet. Dengan pengalaman yang setahun jagung dalam perniagaan dan jatuh bangun ekonomi, mula memberikan pengalaman baru dan ilmu yang bernilai untuk Fazrien mencipta bidang perniagaan berteraskan passion beliau yang sebenarnya, iaitu fotografi.

Fazrien Sebagai Jurugambar Rasmi Majlis Arni Nazira & Hazrie – April 2009
November 2007 mula membuka dimensi baru dalam kehidupan Fazrien. Mula bergiat secara partime dengan membeli kamera dslr pertama pada November 2007. 2 bulan berikutnya beliau telah mengambil langkah penuh risiko untuk terlibat secara fulltime dalam bisnes wedding photography dan mengkhususkan perniagaan fotografi perkahwinan semata-mata. Berkat kesabaran dan iltizam, mula menerima tempahan secara aktif bermula Februari 2008 dan sehingga kini mengorak langkah pandang ke hadapan, untuk bermatlamat menjadi jenama kukuh dalam dunia fotografi. Insya Allah.