Get Adobe Flash player

Lain-lain gambar menarik, sila rujuk galeri
http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Majlis persandingan Wani Nadiah & Izzul Azuwar, diadakan pada awal bulan Julai. Selepas tiga minggu, baru tiba giliran upload gambar diorang. Itupun tidak banyak sangat, sebab saya nak fokuskan kepada kerja-kerja yang lebih penting dahulu – penyiapan album-album clients. Majlis ini diadakan di Setiu, kali ke-2 berkunjung ke sini tahun ini. Nadiah merupakan rakan kepada ex-clients bulan Mac lalu (pasangan Siti Khatijah & Syed).. dan Nadiah menempah servis Fazrien Photography setelah menatap hasil-hasil karya fotografi saya untuk ex-clients tersebut. Rezeki… hehe.

PROMOSI UNTUK TEMPAHAN KLANG VALLEY
Tahun ini merupakan tahun ke-3 usia Fazrien Photography. Tahun permulaan 2008 & 2009, saya turut menerima beberapa tempahan luar Terengganu sepanjang tahun… ada Kuantan, Kelantan, Kuala Lumpur, Shah Alam & Sarawak. Cuma tahun 2010 ini, momentum tempahan berubah dan slot servis begitu cepat diisi oleh tempahan wedding di Terengganu sendiri… dah hampir penuh dah tahun ini. Jadi tahun 2010 baru ada 6 tempahan luar Terengganu. 4 di Klang Valley dan 2 majlis kahwin di Kelantan. Rindu juga dengan tempahan wedding luar, jauh perjalanan luas pengalaman. Kebanyakan agak berbeza dengan majis kahwin di tempat sendiri.

Promosi mana-mana tempahan Klang Valley yang diterima sebelum 31st September 2010 (tak kisah jika untuk wedding next year), travel fees sebanyak RM1000 dihapuskan (tertakluk pada terma & syarat khas). Not valid untuk tempahan  hanya 1 hari Sabtu sahaja, Ahad digalakkan pasal kat Terengganu jarang ada wedding pada Ahad. Apa yang pasti, hanya bayarkan accommodation fees (hotels) + tiket penerbangan KT-Subang-KT + pakej fotografi.

Alhamdulillah, setelah dipromosi di facebook 2 hari lepas, Fazrien Photography sudah mula deal dengan 2-3 pasangan dari KL..  moga dapat bekerjasama dan meterai tempahan in the next few weeks. Thanx! :)

.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Shamsul Fazrien Mohamed's Facebook profile

Leave a Reply