Get Adobe Flash player

.

Minggu lepas, dalam kesibukan dengan tugasan wedding photoshoot & kerja-kerja editing yang berlambak, masih sempat saya berjaga 3 malam, untuk menyiapkan office baru. Semua kerja bermula dari rombakan dinding, mengecat, pembelian perabot & susunatur office dilakukan sendiri, dengan bantuan beberapa rakan. Walaupun tidak terlalu besar & lengkap, namun sudah cukup untuk keselesaan saya & clients yang bertandang. Lagipun saya bekerja sendirian, staf hanya dihire part-time semasa musim sibuk. :)

Kepuasan kerana ia disiapkan dengan menggunakan hasil penat lelah kerjaya fotografi selama 2 tahun ini, bermula dari zero & seorang jobless. Moga momentum positif ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang. Cemuhan-cemuhan yang diterima, pemulauan & penyisihan kerana perbezaan pendapat & ketidakbukaan pemikiran dari pesaing fotografi, kutukan-kutukan di ruangan forum fotografi, kritikan kononnya tiada asas teknikal fotografi, gambar tidak mengikut rules, kritikan harga terlalu  tinggi (untuk elakkan client booking), kritikan harga terlalu murah (apabila client tetap booking)… hanya membakar semangat untuk saya buktikan kebolehan & sentiasa positif ke hadapan.

.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Shamsul Fazrien Mohamed's Facebook profile

4 Responses to “OFIS BARU… FAZRIEN PHOTOGRAPHY”

Leave a Reply