Sepanjang bulan ini, saya banyak menukar ganti peralatan-peralatan kamera dan membeli pelbagai equipment tambahan seperti lens, camera dan lain-lain. Maklumlah, rata-rata fotografer memang tidak akan guna lebih dari 2 tahun equipment mereka. Justeru, sesi photoshoot ini saya adakan khusus untuk membiasakan diri dan bereksperimen sudut-sudut menarik yang boleh diambil dengan lens & kamera ‘backup’ baru.
Sekali lagi saya menggunakan khidmat talent model Hazira Hanum, untuk membantu saya dalam sesi photoshoot ini, yang dijalankan sekitar 1 jam 30 minit. Kepada viewers blog yang berminat mendapatkan servis Hazira, boleh dapatkan servis beliau dengan caj berpatutan. Komitmen dan dedikasi oleh Hazira, sememangnya terbukti sepanjang 2 kali saya menggunakan khidmat beliau, dimana bakatnya dicungkil pertama kali oleh Fazrien Photography pada sesi outdoor bulan lepas.
Jika clients berhendakkan sesi outdoor seperti ini, adalah lebih bagus jika menempah sesi outdoor khusus (rujuk kategori ‘Item-item Tambahan’di pakej harga yang telah diemelkan). Dengan sesi khusus, kita akan mempunyai lebih banyak masa dan saya juga dapat mencambahkan lebih banyak idea-idea menarik & boleh pergi ke 2-3 lokasi tanpa ada kekangan waktu, berbanding sesi promotion sejam/1 location yang ditawarkan pada hari majlis. :)
.
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344