Sekadar video biasa (saya sudah upload di facebook semalam) untuk menunjukkan beberapa sampel album yang ada di office Fazrien Photography. Banyak lagi album, namun preview yang ditunjukkan sudah cukup untuk clients melihat antara album-album yang mendapat permintaan tinggi. Video ini khas dibuat sebentar semalam (kira-kira 1 jam), memandangkan ramai clients yang requested. Katanya, susah nak bayangkan bentuk album jika sekadar melihat menu ALBUM di blog ini.
Maaf jika kualiti video yang kurang memuaskan, kerana sekadar menggunakan video mode di kamera Nikon D90. Juga first time menggunakan Adobe Premiere Pro. Terlampau cetek lagi ilmu videografi, itu pun terkial-kial nak settle problem frequency video kamera Nikon D90 apabila berada di bawah cahaya lampu fluorescent.
RAKAN FACEBOOK
Juga terima kasih kepada viewers FAZRIEN Photography yang banyak memberikan sokongan & respons positif di Facebook saya. Apabila masuk berbelas komen dalam masa setengah jam, amat sukar nak balas cepat & serentak. Tapi itu tidak bermakna saya tidak membaca komen anda, saya tetap baca. Para clients & pengkomen tetap my FB, anda semua tetap tersemat di hati… kerana sokongan berterusan anda. Enjoy!
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344