Get Adobe Flash player

Lain-lain gambar, sila ke galeri
http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Sabtu lepas, saya sekali lagi berkunjung ke daerah Besut (Jabi), untuk tugasan fotografi majlis perkahwinan Norhayati & Rushlim. Insya-Allah, minggu depan saya sekali lagi ke sana, untuk tugasan perkahwinan yang lain pula. Norhayati merupakan tenaga pengajar di Politeknik, sama tempat kerja dengan client 3 minggu lepas (Siti Khatijah).

ALBUM CUSTOM/STORYBOOK
Walaupun majlis baru sahaja berlangsung 2 hari lepas, album pasangan Norhayati & Rushlim sudahpun dalam proses printing, dan saya akan deliver dalam beberapa hari lagi. Ini semua hasil method kerja yang lebih tersusun dan memotivasikan diri untuk memberikan yang terbaik untuk para clients.

KENAPA BEGITU CEPAT SIAP?
Kebelakangan ini, kerap saya menerima rintihan hati dari beberapa pasangan yang melahirkan kekecewaan kerana gagal menempah servis Fazrien last year. Jikalau bakal pengantin, perkara normal lah kan.. tapi ini pengantin last year. Rupa-rupanya memasing melahirkan kekecewaan, fotografer pilihan mereka last year masih gagal menyiapkan album walaupun sudah menjangkau 4-6 bulan. Justeru mereka berasa ralat tidak menempah Fazrien Photography, kerana servis kami mementingkan kualiti & tempoh siap album juga pantas dalam 1 hingga 2 weeks+, jika bukan pada musim cuti.

BERFIKIR DI LUAR KOTAK
Fikir punya fikir, memang saya sudah boleh berasa selesa. Namun sebaliknya, saya mengambil tindakan drastik dengan MEMPERCEPATKAN lagi tempoh siap album, hanya 1 week+ sekarang ini (untuk waktu bukan cuti sekolah). Jadi, sebab itu saya drastik dengan mengubah album manufacturer yang lebih berkualiti dan mampu menerima tempahan berskala besar dengan pantas dan kekal cantik. Method kerja di ofis juga diubah dan kerja designing siap dalam tempoh 1-2 hari sahaja selepas majlis.

.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Shamsul Fazrien Mohamed's Facebook profile

Leave a Reply