ENTRY TANPA WAJAH
Kenapa entry tanpa wajah? hehe. Actually ada permintaan khas dari pengantin ini, untuk tidak memaparkan gambar-gambar mereka. Buat pertama kali, Fazrien Photography menghormati permintaan tersebut setelah mengambil kira aspek privasi client.
Tapi awas kepada bakal client yang lain ya. Sepertimana yang termaktub dalam terma & syarat tempahan, Fazrien Photography mempunyai hak ke atas aspek komersil dan pemasaran gambar-gambar yang disnap. At least, itu jer cara untuk saya cari makan, dengan mengupdate gambar di blog, agar tempahan yang diterima berterusan. Kesian kan lah saya…. jangan rugikan saya dari aspek pemasaran ya. Lagipun secara jujur, tempahan dan email yang masuk ke inbox, amat banyak selepas sehari blog diupdate.
ALBUM CEPAT SIAP?! Arghh…
Kesemua wedding last week, akan menerima album pada minggu depan. Less than 2 weeks dah siap album? Ya.. di Fazrien Photography album akan siap dalam 2 weeks hingga 3 weeks, walaupun pada waktu puncak. Kualitinya tetap sama sepertimana client lihat pada sample album di ofis.
Jika masih ingat pada peak season Disember lepas (21 majlis in 40 days!), album-album begitu banyak sekali perlu disiapkan, dan akhirnya kesemua album dapat disiapkan dalam masa ditetapkan juga, paling lama 5 weeks. Kami menitikberatkan servis sebelum, semasa dan selepas sesi fotografi. Yang penting dalam berniaga, jangan malas.. hehe.
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
Seperti yang dijanjikan, sekarang diupload pula gambar pada hari ke-2 majlis pasangan Siti & Syed ini. Enjoy it! Boleh lihat serba sedikit gambar di slideshow, atau ada sebahagian lagi di galeri flickr. Manakala ribuan gambar lain hanya untuk tatapan pengantin nanti.. hehe.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
Gambar untuk entry ini hanyalah sekitar majlis akadnikah sahaja. Gambar-gambar majlis persandingan (hari ke-2) akan menyusul pada entry seterusnya. Lokasi majlis kali ini bertempat di Pasir Tinggi, Kuala Terengganu.
Bertuah untuk pasangan Siti & Syed kerana menempah awal, hampir 5 bulan dahulu. Justeru tidak perlu berebut-rebut di kemudian hari untuk menempah servis saya. Alhamdulillah, senario tahun ini mula menampakkan perubahan dan tempahan majoriti diterima 5-6 bulan lebih awal. Insya -Allah saya akan berkarya dengan sebaik mungkin di majlis anda semua… thanx.
Juga terima kasih kepada rakan di dalam facebook yang menyapa saya di majlis Siti ini. Saya memang lemah sedikit untuk mengingati semua wajah facebooker, maklumlah rakan dalam list bukan sedikit dan tidak pernah bersua pula. So sudi-sudilah menyapa saya, jika berjumpa k.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
Sesi pre-wedding pasangan Fida & Shyaimi ini dijalankan di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor. Cuaca agak mendung dan hampir-hampir hujan, namun sempat saya snap dalam 30 minit. Untuk pengetahuan, pasangan ini merupakan bakal client saya untuk majlis pada bulan June nanti. Diorang dah pesan awal-awal, agar upload sebahagian kecil sahaja. Maklumlah, majlis pun agak lambat lagi kan.. hehe.
Masih agak asing sebenarnya sesi pre-wedding ini dikalangan masyarakat Melayu, berbeza dengan kaum Cina yang sudah sinonim dengan pre-wedding. Banyak kelebihan untuk sesi pre-wedding ini dan client boleh gunakan softcopy gambar-gambar tersebut untuk pelbagai perkara.
Antaranya bakal pengantin boleh gunakan gambar-gambar ini untuk merekabentuk kad kahwin mereka, merekabentuk bunting serta banner perkahwinan, gunakan untuk frame gambar yang boleh dihias di kamar pengantin, juga untuk poster stand yang diletakkan di laluan masuk ke dewan perkahwinan. Juga sesuai untuk koleksi peribadi, dibuat satu custom made album sebagai hantaran dan juga sesi praktis, sebelum sesi photoshoot sebenar di majlis kahwin nanti.. hehe. Enjoy!
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344