Majlis resepsi pasangan Ras & Nora, diadakan pada 20 Disember lalu di dewan hotel. Cukup meriah, tetamu pula cukup ramai memenuhi dewan dan meraikan pasangan pengantin. Ramai juga yang bertanya, macam mana saya boleh dapat tugasan sampai ke Sarawak. Alhamdulillah, saudara Ras terjumpa link blog saya, dan saya terpilih antara beberapa fotografer yang disenarai pendek. Ini semua sebab my clients last year.. majlis Arni Nazira pada April 2009, yang sedikit sebanyak membantu menyebarkan blog saya ke serata Malaysia. Thanx… hehe.
Ras juga merupakan fotografer di sana, dan cukup aktif dalam dunia lomografi.. dengan group bergelar Borneo Analog Junkies. So gambar yang sya paste atas ni (yang paling bawah), merupakan frame gambar, hasil lomografi group ini.. yang dihadiahkan kepada Ras. Enjoy da pics!
* PR fotografer dengan clients, penting untuk memastikan client mampu senyum secara natural dan tidak kekok atau nampak malu
Sudah agak lama gambar-gambar ini terperap di komputer office, memandangkan ianya bukan wedding, sebaliknya outdoor portraiture. Tapi rakan2 facebook pasti sudah melihat lebih awal gambar2 ini. Tak banyak sangat saya shoot… cuma bereksperimen bermain dengan cahaya-cahaya semulajadi dan terhad di kawasan semak tersebut. Lokasi ialah di Kuala Ibai. Actually ianya client fotografer saiful (saifulghani.wordpress.com), namun di atas jemputan, saya turut serta turun padang snap sedikit sebanyak.
Sorry, sebagaimana dijanjikan.. pada bulan ini saya tidak sempat menganjurkan kelas fotografi (kali ke-3) untuk belajar sudut-sudut menarik fotografi ala saya. Sebaliknya, jemput sahaja saya ke sesi outdoor contohnya, dan saya akan ajar secara percuma… cukup sekadar belanja makan je.. hehe. Pengetahuan yang saya dapat pun hanyalah sekadar pinjaman dari-Nya, so lebih baik saya berkongsi percuma untuk manfaat ramai orang. Tapi saya dah tiada waktu free lagi, cuma weekend ini sahaja. Minggu seterusnya sudah bermula tugasan wedding dengan permulaannya ialah wedding di Shah Alam, Selangor.
TEMPAHAN
Semakin pantas di isi. Juga syukur di atas kepercayaan berterusan para clients, termasuk yang sanggup mengubah date kahwin ke hari biasa (bukannya hujung minggu) semata-mata date pilihan asal sudah penuh ditempah di dalam jadual saya. Yang pasti, ianya memberikan tanggungjawab yang lebih besar, namun sudah pasti saya cukup bersedia memberikan yang terbaik untuk anda.
Ketika sedang mengemaskini harddisk untuk kesemua job wedding pada tahun lepas, baru terperasan ada satu majlis yang saya belum share di blog ini. Majlis Belulut. Mungkin kita kat sini jarang mendengar, actually majlis ini hampir sama sahaja dengan majlis berinai. Pengantin perempuan bertukar-tukar pakaian pengantin dan menggayakannya di pelamin, untuk tatapan keluarga terdekat.
Maybe ramai yang sedia maklum gaya gambar saya lebih terarah kepada style spontaneous, natural look and multi-angle shots. So bagaimana nak snap majlis sebegini, jika selama ini saya kurang menggemari gaya gambar yang posing dibuat-buat. So posenya maybe sama tetapi ada afew tricks untuk menampakkan pose lebih kontemporari, moden dan dari angle yang menarik. Enjoy!
Keadaan pada waktu ini sudah mendung sebenarnya, dan sempat snap kira-kira setengah jam sahaja sebelum hujan gerimis membasahi bumi.. acewah. Jadi tak sempat nak explore sepenuhnya kawasan marina bay ini, namun gambar yang ada sudah lebih dari cukup. Hinggakan fotografer buntu nak design album, rasa macam tak cukup space plak. Maklumlah keseluruhan gambar pasangan Ras & Nora ini kira-kira 2500+ keping. Enjoy!
.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344