











sebahagian gambar boleh dilihat di
http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Majlis Wan Norhamidah & Fauzan ini berlangsung sudah lama, 11hb Disember 2009 lepas. Selepas 2 minggu, baru berpeluang nak upload kat sini. Rentetan kerja-kerja photoshoot yang begitu banyak, justeru agak kurang waktu free nak update blog. Maybe lepas ini boleh update laju-laju sikit, sebab dan nak sampai ke penghujung 2009.
Secara kasar, saya merakamkan 2100+ keping gambar majlis pasangan ini.. begitu banyak. Jadi secara mudah, saya akan upload gambar secara berperingkat. Sekarang kita view gambar di hari pertama – majlis akadnikah. Last week, saya dh upload gambar outdoor pengantin bersama ex-SMKANI batch 97-01, so gambar-gambar majlis lain akan menyusul kemudian ya.
BOOKING SEMAKIN PANTAS
Booking yang diterima semakin rancak dari minggu ke minggu. Itu belum diambilkira pasangan yang masih belum menetapkan tarikh, kiranya waiting list pun semakin ramai. Namun, saya akui & saya amat kagum dengan pasangan yang berani menempah awal. Memang agak sukar kita nak plan sesuatu begitu awal dan berpegang teguh pada tarikh majlis kita itu. Namun hakikatnya servis saya terbatas hanya untuk 1 client sehari.
Pabila jadual penuh, ramai clients bertanya kenapa saya tidak rekrut fotografer, lagipun setiap majlis saya sering membawa assistant. Jawapannya, kualiti dan servis yang terbaik. Menjaga kualiti gambar kita adalah lebih penting, imbuhannya, jenama kita akan kekal segar dan bertahan lebih lama bertahun-tahun. Walaupun anda sanggup membayar, saya tidak sanggup mengambil risiko menghantar fotografer lain ke majlis anda. Skill setiap fotografer adalah berlainan antara satu sama lain, justeru pastikan anda memilih yang terbaik untuk hari terbaik anda.
Ianya lebih baik daripada saya hentam keromo menghantar fotografer entah apa-apa ke majlis anda, dan akhirnya jenama menjadi ‘busuk’ dengan servis yang tidak memuaskan dan gambar yang tidak ‘hidup’. Lagipun wang & tempahan bukan segalanya untuk dikejar. Bergerak secara solo rasanya cashflow lebih banyak mengalir dan tiada credit serta loan perlu dibuat untuk menampung kos overhead dll.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets


wah2..chanteknye angle utk hantaran tu..