
Saya agak sibuk beberapa hari ini di talian telefon. Begitu ramai bakal pengantin yang berebut-rebutkan tarikh-tarikh kahwin yang sudah sedia ada ditempah untuk tahun 2010. Saya akur anda semua kecewa gagal mendapatkan khidmat servis saya. Tapi seperti semua sedia maklum, saya sentiasa menasihati agar anda menempah awal untuk mendapatkan khidmat saya.
Semalam sahaja, tidak kurang berbelas-belas clients bertanyakan tarikh Chinese New Year. Namun date CNY tersebut sudah ditempah sejak 2 bulan lepas lagi. Date 13hb Mac 2010 pun popular juga, dekat 10 clients bertanyakan date ini semalam. Justeru rezeki Nieza, saya reservedkan date tersebut kepada client Nieza, yang akan completekan urusan tempahan dalam hari ini atau besok.
Ada juga beberapa clients yang gagal, telah berhasrat mencari tarikh baru yang sesuai dengan kekosongan schedule saya. Tiada kata mampu diungkapkan, hanya jutaan terima kasih di atas kepercayaan anda. Kepada yang menempah awal, pengorbanan dari anda dituntut, bagi memastikan anda kekal berpegang pada tarikh tersebut. Sebarang pembatalan, wang deposit tidak akan dikembalikan.
FENOMENA BARU
Kepada semua terutama orang Terengganu terutamanya, maybe mindset sudah perlu diubah. Tempahan fotografi perlu diutamakan pada waktu sekarang, tidak macam zaman dahulu. Walau anda tiada pelamin cantik sekalipun, gambar yang dirakam dengan baik mampu menggambarkan kemeriahan majlis anda. Rumah yang biasa pun, mampu digambarkan cantik dan indah, pasangan yang pemalu pula mampu digambarkan penuh romantis, girang dan bahagia. Power of pictures! Sebab itu, saya tidak mampu memenuhi harapan semua orang, hanya 1 client sehari. Boleh sahaja saya cadangkan my assistant mengambil gambar, tapi hasilnya tak sama bukan? Jadi hati-hati k, pilih yang terbukti dan konsisten.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets


btol..sy setuju ngan ayat “Power of pictures” mampu meninggalkan kenangan yg manis buat semua pengantin..
Nasihat sy kepada semua pengantin, cepat2 tetapkan tarikh utk memudahkan urusan..
adeh~tu muka kitaorang..bangga sekejap..hahah~
seb baik saya book kamu awal2..huhu..tercapai impian saya
Hasil keje ayien makin mantap laa…caya la…xsabar nak tengok hasil keje untuk wedding c-tim plak nanti..chayook!! ;)