NOTES : Saya akan outstation selama 3 hari, untuk wedding photoshoot di Bachok, Kelantan. Sebarang urusan penting, clients boleh menghubungi telefon bimbit saya, kerana saya hanya akan kembali ke ofis pada Isnin ini.

KESIBUKAN | 20 events in 40 days
Cuti sekolah sudah bermula secara rasmi pada hari ini. Ia juga bermakna, peak season untuk end of the year 2009, sudah tiba dan bermula. Tugasan pertama di cuti sekolah ini bermula di Bachok, Kelantan. Banjir tak sepanjang perjalanan? Harap-harap tidak dan urusan dipermudahkan.. Amin. Dengan kesibukan kini, saya harap para viewers memahami, blog tidak dapat diupdate secara kerap dan laju seperti selalu. Masa yang terhad akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk proses penyiapan album clients. Maybe info akan lebih pantas disebarkan di facebook, berbanding blog yang hanya akan menjadi tempat update gambar terkini.
ALBUM STORYBOOK/CUSTOM | Pantas & Cepat
Alhamdulillah, setakat ini kesemua album siap dalam tempoh yang ditetapkan. Paling awal 2 weeks, paling lewat 7 weeks. Diharap kepantasan penyiapan album walaupun di musim sibuk, terus menjadi kunci kepercayaan para clients. Yang penting rajin dan tidak malas. Di Fazrien Photography, client pasti tidak akan mendengar kelembaban proses penyiapan album, seperti yang dihadapi dengan ramai fotografer/company lain yang mengambil masa sehingga 3-4 bulan.
BOOKING FOR 2010
Slot semakin pantas di isi. Jangan ambil sikap berlengah-lengah. Saya faham ramai yang mengambil masa, juga untuk survey pakej-pakej fotografer lain yang lebih murah. Lumrah manusia tertarik pada pakej yang lebih murah. Tapi tahukah anda, risiko yang anda akan hadapi? Betulkah fotografer pilihan anda mempunyai track record yang bagus dalam penghasilan gambar-gambar menarik? dan konsisten? PR dan budi bahasa yang bagus? album cepat siap & tidak malas? album berkualiti? profesional? tidak sub tugasan pada fotografer bawahan yang masih mentah? Ini semua persoalan yang anda kena hadapi.
HARGA PAKEJ
Saya tahu ramai yang berkata harga saya agak tinggi berbanding fotografer-fotografer lain di Terengganu. Ianya tidak mahal, tapi tinggi bukan? Ini disebabkan ramai fotografer menjatuhkan harga kerana terdesak mendapatkan tempahan. Tapi adakah anda faham kesimpulan dari senario ini? Kualiti servis memainkan peranan. Jika kualiti teruk, walau serendah mana anda offerkan, pasti clients akan berfikir dua kali. Kepada clients, pilih yang terbaik untuk hari terbaik anda. Oleh itu, saya umumkan harga pakej akan kekal mendapat diskaun sehingga rm200, untuk pakej-pakej tertentu.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Posted in off-topics |
Leave a Comment

