1st Attempt – Sunrise Photoshoot

NOTES : Link ke galeri koleksi gambar perkahwinan clients, di signature telah diperbetulkan. Sekarang anda klik dan automatically akan ke galeri di flickr. Sorry ya di atas kesilapan teknikal selama beberapa minggu tersebut. TQ pada yang memaklumkannya.

Gambar-gambar di atas maybe rakan-rakan facebook sudah lihat terlebih dahulu, lambat sket turn update di blog.


Secara jujur, saya tidak mahir dan tidak pernah praktis untuk mengambil gambar, selain gambar majlis perkahwinan. Semasa mula-mula membeli kamera dslr awal tahun lepas, niat di hati nak shoot street fotografi, landscape & fotojournal… entah bagaimana secara mendadak, saya menerima lambakan tempahan perkahwinan yang membuatkan waktu saya begitu terbatas dan busy sehingga sekarang. Akhirnya masa saya hanya dihabiskan dengan foto perkahwinan.

Justeru, buat pertama kali pada Isnin lepas, saya cuba shoot sunrise, di Pantai Batu Buruk. Walaupun ada rakan fotografer yang mengesyorkan saya perlu mempunyai beberapa lagi equipment tambahan untuk shoot pemandangan, namun bagi saya, kita tidak perlu membataskan minda kita dengan “rules” ciptaaan sendiri. Tidak salah mencuba dan shoot dengan peralatan kamera yang asas… itu adalah lebih baik untuk proses pembelajaran.

BUSY?
Akhirnya semua kerja-kerja tertunggak di ofis sudah selesai pada hari ini. Walaupun menerima nasihat daripada rakan-rakan viewers (terutama rakan-rakan facebook.. hehe) supaya Fazrien berehat sehingga Aidilfitri, namun nampak gayanya saya tidak biasa duk diam. Minggu-minggu mendatang akan dipenuhi dengan aktiviti santai shooting models, training, travelling dan pelbagai. Kalau berpeluang, saya akan update blog ini dengan gambar-gambar tersebut. Tiada entry wedding seminggu dua ini ya.. hehe.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Shamsul Fazrien Mohamed's Facebook profile

One Response to “1st Attempt – Sunrise Photoshoot”

  1. Sarah Salihah says:

    hehehe..chanteknyaa..rasa mcm insaf je tgk gambar2 view pepagi cam tu

Leave a Reply