Majlis Persandingan, Asnawi & Azi, Kuala Terengganu
Tuesday, September 29th, 2009








Lain-lain gambar, boleh rujuk di galeri
http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Pada Hari Raya ke-3 yang lepas, berlangsung majlis persandingan pasangan Asnawi & Mazidah, di Panji Alam. Mazidah (Azi) merupakan antara pengunjung tetap laman web saya ini, dah boleh dikategorikan sebagai peminat setia foto Fazrien Photography. Ke’excited’an Azi untuk menempah khidmat saya bagi majlis bersejarah beliau, amat-amat dihargai.. semoga gambar-gambar yang disnap mampu membuatkan Azi & Asnawi tersenyum.. hehe.
Budi baik pengunjung2 tetap blog ini, juga silent readers…. amat besar maknanya. Dioranglah sebenarnya yang menjalankan “marketing” dengan berkesan. Sentiasa mempromosi servis saya kepada rakan dan saudara mara. Jika ramai fotografer-fotografer wedding bertanyakan apa rahsia saya mendapat booking-booking & rezeki yang banyak, jawapannya ialah… sentiasa pertingkatkan kualiti, konsistenkan hasil kerja dan yang paling penting ‘down to earth‘ bila gambar kita makin cantik. Walau bagaimanapun, dilihat ramai yang gagal dalam aspek ‘down to earth’, hakikatnya perasaan takbur dan riak hanya akan membuatkan kita makin ketinggalan. Tidak salah kita merendah diri, kerana ganjarannya kita akan mendapat ramai rakan2 di kalangan peminat & clients, dan mereka lah yang akan mempromosi servis kita kelak. Renung-renungkanlah.
KENAPA BLOG TIDAK RANCAK SEPERTI DULU?
Ramai rakan & viewers bertanya soalan ini..hehe. Sabar ya, masih ada 4-5 majlis menunggu giliran untuk diupload gambarnya di sini. Insya Allah blog akan rancak sehingga tahun depan non-stop. Malah maybe clients terpaksa menunggu giliran yang agak lama untuk gambar-gambar mereka di upload. Saya akan memberi peluang selama 4-5 hari untuk setiap new update… bergantung pada kesibukan saya.
Manakala coretan-coretan peribadi, saya hanya menggunakan laman sosial facebook. Blog ini akan cuba dikhususkan hanya untuk tatapan dan coretan berkenaan gambar-gambar perkahwinan terbaru sahaja. So bagi yang nak keep in touch, boleh add my facebook k.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

























