Sorry! Lambat Update This Week
CUTI_CUTI
Sori ya lama x update blog. Besok atau lusa saya akan update gambar wedding. Actually last week pergi bercuti / berehat / enjoy / berlibur, untuk bagi sedikit kesegaran kepada fikiran. So lepas ni maybe akan snap gambar-gambar dengan idea-idea yang segar dan baru. Tak jauh pun pergi bercuti, sekadar di Kuantan. Sempat shopping sket-sket dan tengok show kawan-kawan baru (group Angels) perform di Swing Bistro.

MELETUP
Balik ajer di Terengganu terus sahaja sambung kerja-kerja yang masih belum siap. Ntah apa nasib, cpu komputer pulak meletup! Memang dah jangka pon kerana walaupun dah beli cpu paling latest specification, tetap xleh nak bertahan dengan bebanan kerja yang ditanggung… hihi. So dah ikut nasihat seorang pakar, beli sebiji kipas angin khusus untuk cpu, ceh manja la plak komputer ni :) Tapi jangan bimbang, walau cpu meletup, semua kerja-kerja sudah dibackup. Memang menjadi polisi Fazrien Photography untuk backup setiap hasil kerja. Bukan satu, tapi 3-4 level backup, dari awal sampai akhir.

CLOSED-MINDED PERSON
Nampaknya ruangan komen di blog saya ini, masih lagi menjadi sasaran pengacau-pengacau untuk menghentam dan mengkritik. Saya kesian sebenarnya, daripada mereka membuang masa sebegitu, lebih baik mereka focus pada bisnes mereka. Lagipun saya ni self-employed sejak remaja, so memang jiwa saya tidak tergugat dengan provokasi dan cemuhan untuk menjatuhkan semangat. Cekal. Group-group fotografer local (tekaan saya) yang sentiasa mencemuh ini, kalau tidak suka tidak perlulah masuk ke blog ini. Tapi nampaknya mereka tetap nak masuk, then siap rajin plak nak komen. Anyway, thanks pada clients-clients yang tolong backup dan balas komen kat diorang. Maaf ya pada komen-komen yang tidak di approved (bahasa kesat). Saya malas nak panjangkan issue, so malas nak aprroved komen camni, walaupun anda berniat baik untuk pertahankan saya :) Saya bukan orang kaya walau nampak booking macam tak berhenti, so harap rakan-rakan hentikanlah perasaan hasad dengki tu. Istighfar banyak-banyak k.
Lagipun berulangkali di terangkan, dan ada ditulis di menu TIPS di atas, saya tidak amalkan sebarang Rules of Photography. Dan sampai bila-bila pun saya tidak akan ambil tahu apa itu Rules of Photography kerana gaya foto saya terarah kepada faktor moments & angles. So tak perlu pengkritik bersusah payah nak hentam saya lagi dalam ruangan komen. Memang saya tak gemar gambar-gambar skema.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets


Assalamualaikum.. Saye stuju sgt dgn kata2 fazrien ni.. Sbb ape? Senang je, sehari memang ramai orang kawin, so kalau ramai sgt kawin cukup ke sorang photographer nak cover sume? Rasenye memang xleh langsung.. So jgn la dengki kat orang lain.. Sape usaha lebih dapat lebih. Mungkin usaha kita masih blom cukup, so sbelum salahkan orang lain baik tanye diri sendiri dulu sbb selalunya semua kesilapan berpunca dari diri sendiri. Pasal rule of photography tu memang btol cakap fazrien, dalam topik wedding photography ni xde exact rules sbb semuanya adalah berlainan, walaupun dah beberapa tahn ambik tp kita akan slalu jumpe benda baru, bg saye wedding memang satu bidang yg paling mencabar dalam fotografi.. Rules tu biasanya utk guide orang yang baru dalam fotografi utk revealkan style tersendiri dari dalam diri die. Bile dah lame dalam bidang ni sume akan jadi sebati, xpayah ingat ape2 rules pun.. Hehe sori ganggu :) by the way tahniah fazrien, blog ni memang best :)
Tahniah fazrien.. tgk gambar pun semua2 nye bagus2 belaka..
KAKI KUTUK / PENGACAU NI.. mana2 ada..
so.. kena tahan… wpun sakit hati tahap dewa.. semua org ada rezeki masing2… ikut kehendak masing-masing.. sapa lebih rajin . dia dapat lebih.. semoga berjaya.. .. wassalam