Get Adobe Flash player

Kira-kira 2 minggu lepas, saya ada menulis mengenai album bersaiz jumbo!, ianya lagi besar dari album saiz medium yang ditawarkan. Jadi sekarang saya publishkan gambar album besar pertama yang ditempah oleh clients Fazrien Photography. Besar kan? Jadi lagi banyak gambar boleh dimasukkan.

Tidak disangka-sangka, walaupun saya hanya mewar-warkan sahaja mengenai album saiz besar ini tanpa belum menerima sample album, namun ramai clients telah mengorder album saiz baru ini dan mengupgrade pakej fotografi mereka. Dalam masa 2 minggu, sudah 8 orang clients menempah album saiz ini dan cancelled pakej album saiz medium, tanpa mereka melihat album terlebih dahulu! :) Ditanya kenapa, mereka mengatakan mereka percaya apa sahaja yang ditawarkan oleh Fazrien Photography semestinya adalah sesuatu yang berkualiti dan ke hadapan berbanding orang lain serta berbangga jika dapat menjadi antara orang terawal memilikinya. Thanks kerana meletakkan jenama FAZRIEN sebagai sesuatu yang bermutu dan dihargai :)

Album large size ini diprint dengan ukuran 12 inci x 15 inci, berbanding medium size yang diprint dengan ukuran 10 inci x 12 inci. Fazrien Photography tidak pernah memberikan album bersaiz 8 inci x 12 inci seperti orang-orang lain, kerana ianya kecil dan tidak setimpal ( mengikut pandangan saya). Manakala kualiti pembuatan, tetap diutamakan dan menjadi intipati Fazrien Photography.

Clients juga akan menerima kesemua original pictures yang disnap, di dalam DVD. Bukan sekeping dvd, malah boleh menjangkau hingga 5-7 keping dvd untuk sepasang client. Ini kerana terlampau banyak gambar akan disnap. Ditambah saya mempraktiskan snap dengan 2 kamera + beberapa jenis lenses,  bagi melancarkan lagi shooting dan mempelbagaikan angle serta kreativiti.

So, enjoy da pics! Jom cepat, siapa-siapa yang nak booking sila emailkan pertanyaan pada saya, atau add my Yahoo! Messenger.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Shamsul Fazrien Mohamed's Facebook profile

7 Responses to “New Large! Size Album”

  • emy:

    2 tumbs up to fazrien photography..
    keep it up bro..!~ v[^,^]v

  • Job Murah:

    Komen-komen Memprovokasi lagi…

    Harga Murah GILER..raser nak kawin lagi aku ni..
    Patut la job bertimbun. Tak raser bersalah ke pada fulltimer??

  • to Job Murah…..
    im a fulltimer….. harga murah? terpulang pada anda nak rate murah or not…. RM1300-RM1500 for 1 majlis….
    dah 2 tahun dengan harga camni…. siap ada duit lebih lagi… i dont think my price too low…

  • Me:

    Keep it up Fazrien..peduli kan kate org..diorang tu dengki kot. rezeki masing2 laa..dah org berkenan ngn Fazrien..wat to do..mahal ke murah ke org hire jugak kalau dh berkenan dihati tu..saya nak booked fazrien gak tp dh terbooked kat photographer lain dulu sblm jumpe blog ni..xper lah same jer mane2 pon maybe next time bleh gune service Fazrien mane tau kan.. mase shoot gamba baby ker..hehe

  • Sarah_Salihah:

    he he he.. betol tu Me..
    seriously..sy pun tertarik dari segi angle2 dan kualiti gambar yg ditunjukkan..

    sy pun,cuba mencari2 photographer lain yg boley menggantikan dan setanding ngan kerja Fazrien..
    (risaunyaa kl tarikh sy bertindih ngan client lain.. :-( )

    Namun,harganya lebih tinggi dan teknik angle yg “old fashion”..(sury to say..)

    *toing..skrng ade album pelbagai size ke?wahh..

  • DianaZ:

    aaa…jelesss nye ada large album. hahaha..joke joke.. :)
    pape pun, yg penting gmbr2 fazrien sume best, cun! :)

  • Sue:

    olo olollolo.. mcm2 ek! i know i’m the first yg order album saiz besar kan kan? hekhek. i think the price is reasonable enough la, neway its up to one’s opinion & money. dats all.

Leave a Reply