








Sabtu lepas, saya telah dipertanggungjawabkan untuk snap gambar majlis perkahwinan pasangan Redzuan & Norazean. Majlis serba ringkas diadakan di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya. Majlis agak simple (3pm-5pm) kerana kenduri hanya akan diadakan pada minggu hadapan. Justeru, adalah menjadi satu cabaran untuk fotografer merakamkan gambar majlis serba ringkas, tetapi nampak ceria dan meriah di dalam gambar.
Terima kasih pada yang view website walaupun minggu ni lambat sket update. Nampaknye viewers makin bertambah dan sekarang dalam 500-1000 sehari. Thanks pada sokongan semua dan ini pasti akan memberikan cabaran untuk fotografer tingkatkan prestasi, agak viewers dapat melihat gambar dengan seribu makna dan maksud. Cabaran memastikan majlis ringkas tampak meriah di dalam gambar, tetamu yang sedikit tetapi tampak ramai, rumah biasa tapi tampak gah, dan juga pasangan segan tampak romantik. Pheww!
Enjoy da pics! Nampaknya saya akan semakin sibuk kebelakangan ini. Kemungkinan update-update agak lambat sedikit selepas ini, sibuk dengan tugasan majlis-majlis perkahwinan & juga menyiapkan album clients. Maklumlah peak season.
PESANAN PENAJA
Kepada yang berkira-kira nak kahwin bulan November & Disember, dah boleh start merancang & booking. Kotak emel makin penuh dengan pertanyaan, masing-masing mengambil sikap tunggu & lihat. Jadi jangan ada yang melepas dan kecewa gagal mendapatkan servis saya nanti. Pakej RM1500 pon saya dah upgrade kepada album saiz jumbo! tanpa caj tambahan….so cepat! :)
Oh ya, ada yang bertanya soalan, adakah yang booking saya semuanya vvip atau majlis-majlis besar? Hehe… jangan tertipu dengan gambar & rasa segan plak nak tempah servis saya. Dalam gambar semua nampak gah dan meriah walaupun hakikatnya hanya 40% tempahan melibatkan majlis perkahwinan yang besar dan meriah. Yang pasti komposisi dan framing gambar yang menyebabkan anda melihat ianya seolah-olah majlis yang hebat. :)
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

HEE..penerangan ringkas yg mampu menarik buat sape2 yg terpk2 dan blur..
tahniah utk pasangan ini..
Fazrien,angle menarik telah berjaya disnap nie bagus utk tontonan ramai..
(ERR..new background ke..)
thank;s lah ayien.
emm..suke tgk pitca no.3 ngan no.9..
so classical and dramatic..(sgt teruja~!)
2 thumbs up to ur gud capture & angle..
pendek kata sume pic u cantek2 la..
t, u upload pic byk2 lg ye en.ayien..hehe..tq