Terms Of Payment
Berdasarkan amalan sebelum ini, terms of payment untuk mana-mana tempahan servis Fazrien Photography adalah dalam bentuk :
1. 50% bayaran pendahuluan yang dianggap sebagai booking fees. (tempahan hanya disahkan apabila menerima pembayaran ini)
2. Baki 50% boleh dijelaskan dalam tempoh masa di antara tarikh booking sehinggalah maksimum sebelum album diserahkan. Maksudnya clients boleh menjelaskan lebih awal atau menunggu sehingga selepas album siap diprint. Jika bayaran tidak jelas, album sesekali tidak akan diserahkan kepada clients.
3. Pembayaran adalah samada dalam bentuk cash by hand, cash deposit di atm, online banking atau check di atas nama syarikat Fazrien Photography.
Terms of payment begini turut membantu mempercepatkan proses penyiapan dan penyerahan album. Namun masih ada sedikit kelemahan.
MASALAH YANG BERLAKU
Terdapat segelintir clients tahun lepas (2008) yang masih gagal menjelaskan pembayaran penuh dan menyebabkan Fazrien Photography terpaksa membekukan penyerahan album mereka. Masih ada beberapa album berada dalam simpanan kami. Jumlahnya tidaklah terlalu ramai, mengikut rekod Fazrien Photography masih gagal menuntut bayaran servis yang berjumlah hampir RM6000.00. Kalau dihitung, dah boleh jelaskan bayaran kereta untuk setengah tahun tu….hehe.
REAKSI
Alhamdulillah, clients tahun 2009 masih mempunyai rekod pembayaran yang cemerlang. Jika keadaan sebaliknya, Fazrien Photography mungkin akan merombak sedikit terms of payment, di mana kerja-kerja post-production (proses printing & penjilidan album) hanya akan dijalankan selepas menerima pembayaran penuh baki 50% caj servis. Kalau boleh nak dielakkan rombakan sebegini, kerana ianya hanya akan melambatkan proses penyiapan album anda.
ALASAN OLEH CLIENTS
Ya, kebanyakan ex-clients yang masih gagal menuntut album mereka memberikan alasan kegawatan. Ada yang kata perbelanjaan perkahwinan mereka over-budget, duit nak pakai banyak lepas kahwin dan juga kesan kegawatan ekonomi global. Namun perlu diketahui, pihak kami terpaksa menanggung kerugian di atas kelewatan pembayaran anda.
NASIHAT OLEH SAYA
1. Rancang dengan teliti budget perkahwinan anda.
2. Elakkan menempah servis fotografi dengan keterlaluan, jangan ambil sampai 4-5 album, nanti over-budget…hehe.
3. Sila simpan awal-awal budget, untuk baki mana-mana servis yang perlu dijelaskan selepas majlis. Tidak semestinya servis fotografi, mungkin servis-servis yang lain juga.
4. Servis fotografi perlu dianggap servis terpenting dalam senario dunia perkahwinan kini dan sila simpan budget yang besar untuk fotografi. Apalah sangat dengan mekap yang cantik, pelamin yang lawa, jika anda tidak dapat membuktikan kepada rakan dan anak-anak anda pada generasi akan datang. Hanya fotografi dapat membuktikan hari bersejarah anda berlangsung dengan meriahnya.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets