Archive for March 2009
NOTES:
FAZRIEN Photography akan outstation selama 7 hari (shooting wedding luar Terengganu). Blog akan diupdate dengan entry terbaru sekembalinya Fazrien ke office kelak (selasa depan). Office ditutup sementara kerana kesemua staf akan berangkat ke lokasi wedding tersebut. Sebarang urusan boleh berhubung melalui telefon bimbit dan email. Harap Maklum.
* In 9 days, KT – Besut – KT – Tanjung Jara – KT – Mines – KL – Rawang – Bukit Tinggi – KL – KT *phewww*
Ini merupakan pertama kali FAZRIEN Photography ditempah untuk merakamkan gambar family & kids portraits. Jutaan terima kasih buat Kak Ikin yang tidak putus-putus menghubungi saya sejak awal tahun dan melahirkan rasa kepercayaan untuk FAZRIEN Photography merakamkan gambar beliau sekeluarga. Sesi telah dijalankan di Tanjung Jara Resort, lokasi family Kak Ikin bersantai bersama suami, Abg Shamzuar dan anak sulung mereka.
Nampaknya selepas ini para ex-clients wedding FAZRIEN Photography, dah boleh berkira-kira untuk tempah servis saya bagi tugasan family & kids portraits pula…hehe. Cabaran juga ya untuk photographer merakamkan aksi anak kecil, maklumlah belum berumahtangga dan mempunyai anak lagi. So masih belum ada pengalaman handle mood anak kecil, namun itu semua bukan rintangan untuk FAZRIEN Photography menghasilkan gambar yang terbaik dan mempunyai nilai-nilai artistik tersendiri.
Sedikit sahaja gambar diupload di blog ini, seperti biasa jika ingin melihat lebih banyak gambar sila ke galeri flickr http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets atau viewlah slideshow di bawah. View tau slideshow dibawah, bikin hati photographer sendiri tersentuh, alangkah bahagianya kehidupan berkeluarga *wink* wink*… hehe. See ya!
SLIDESHOW! SLIDESHOW!
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Pada Sabtu 28 Februari 2009, FAZRIEN Photography sekali lagi menjejakkan kaki ke Besut, kali ini untuk tugasan sempena majlis pertunangan Ku Maziana & Zulkiflee. Sememangnya tugasan yang mencabar teknik-teknik pencahayaan, dengan dinding & siling rumah 100% kayu yang tidak memantul cahaya. Namun servis yang terbaik diberikan, sekaligus menghasilkan gambar-gambar yang bagus, insya-Allah.
Cabaran lain ialah majlis yang berlangsung singkat, sememangnya perjalanan majoriti mana-mana majlis pertunangan adalah sebegitu. Berlangsung hanya kira-kira sejam, adalah menjadi tanggungjawab photographer untuk menghasilkan gambar-gambar terbaik dalam masa singkat. Bukan sekeping dua, tetapi adalah penting untuk photographer menghasilkan beratus-ratus gambar terbaik dalam masa pendek tersebut. Dan gambar-gambar tersebut perlu mempunyai nilai-nilai artistik sepertimana yang client kehendaki.
Sedikit sahaja gambar, seperti biasa jika ingin melihat lebih banyak gambar sila ke galeri flickr http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets atau viewlah slideshow di bawah. See ya!
SLIDESHOW
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
NOTES
Menu TIPS, PACKAGE dan ALBUM sample telah ditambah di MENU BLOG di atas, untuk panduan bakal clients.
GEMBIRA
Alhamdulillah, minggu ini saya bakal menerima lagi 4 hari tempahan untuk bulan-bulan mendatang. Syukur di atas kepercayaan berterusan oleh para clients. Namun kegembiraan turut diiringi dengan berita kurang enak.
SEDIH
Setiap kali menerima tempahan baru, setiap kali itulah juga client-client baru menyampaikan berita sensasi. Kononnya mereka sentiasa cuba dipengaruhi oleh orang-orang tertentu agar tidak mengambil servis FAZRIEN Photography. Kebanyakan yang mempengaruhi adalah golongan pesaing fotografer orang-orang lama & mak andam/pelamin. Sentiasa membusukkan nama dan cuba merampas clients yang sudah sedia ada menempah. Teruknya :(
LOGIK AKAL
Kekadang pelik dan hairan, tidak terfikirkah diorang semua, yang bakal clients itu semua adalah rakan-rakan saya, sudah semestinya buruk perangai mereka akan disampaikan kepada saya. Setiap clients saya layan umpama sahabat, sudah tentu info akan tetap sampai ke halwa telinga saya.
CABARAN
Nampaknya, walaupun kita tidak mencari musuh, tetapi musuh tetap akan datang, dalam selimut dan dari belakang. Apa kesannya pada saya? Ya, saya makin cekal dan makin berkobar-kobar ingin memberikan yang terbaik. Bagus juga kan?
APA TINDAKAN SAYA?
Tiada apa, KERNA, hasil kerja saya sudah membuktikannya. Album dikeluarkan FAZRIEN Photography sudah membuktikannya. Galeri gambar di flickr sudah membuktikannya. KUALITI! Oleh itu, jom buat temujanji dengan saya dan lihat sendiri hasil kerja, di depan mata anda. Minggu ini saya turut menambah menu TIPS, menu PACKAGE dan menu ALBUM di menu blog (di atas).
- TIPS untuk bakal clients http://fazrien.com/blog/tips/
- PACKAGE fotografi http://fazrien.com/blog/package/
- ALBUM sample http://fazrien.com/blog/album/























