NOTES
Menu TIPS, PACKAGE dan ALBUM sample telah ditambah di MENU BLOG di atas, untuk panduan bakal clients.
GEMBIRA
Alhamdulillah, minggu ini saya bakal menerima lagi 4 hari tempahan untuk bulan-bulan mendatang. Syukur di atas kepercayaan berterusan oleh para clients. Namun kegembiraan turut diiringi dengan berita kurang enak.
SEDIH
Setiap kali menerima tempahan baru, setiap kali itulah juga client-client baru menyampaikan berita sensasi. Kononnya mereka sentiasa cuba dipengaruhi oleh orang-orang tertentu agar tidak mengambil servis FAZRIEN Photography. Kebanyakan yang mempengaruhi adalah golongan pesaing fotografer orang-orang lama & mak andam/pelamin. Sentiasa membusukkan nama dan cuba merampas clients yang sudah sedia ada menempah. Teruknya :(
LOGIK AKAL
Kekadang pelik dan hairan, tidak terfikirkah diorang semua, yang bakal clients itu semua adalah rakan-rakan saya, sudah semestinya buruk perangai mereka akan disampaikan kepada saya. Setiap clients saya layan umpama sahabat, sudah tentu info akan tetap sampai ke halwa telinga saya.
CABARAN
Nampaknya, walaupun kita tidak mencari musuh, tetapi musuh tetap akan datang, dalam selimut dan dari belakang. Apa kesannya pada saya? Ya, saya makin cekal dan makin berkobar-kobar ingin memberikan yang terbaik. Bagus juga kan?
APA TINDAKAN SAYA?
Tiada apa, KERNA, hasil kerja saya sudah membuktikannya. Album dikeluarkan FAZRIEN Photography sudah membuktikannya. Galeri gambar di flickr sudah membuktikannya. KUALITI! Oleh itu, jom buat temujanji dengan saya dan lihat sendiri hasil kerja, di depan mata anda. Minggu ini saya turut menambah menu TIPS, menu PACKAGE dan menu ALBUM di menu blog (di atas).
- TIPS untuk bakal clients http://fazrien.com/blog/tips/
- PACKAGE fotografi http://fazrien.com/blog/package/
- ALBUM sample http://fazrien.com/blog/album/
sabarlah. ini menunjukkan yg pesaing2 yg dengki tu terasa terpukul dengan kehebatan ayien..tul x?