@ Office
Sejak 3 minggu lepas, Fazrien telahpun berehat sebentar dan membekukan sementara mana-mana tempahan majlis. Akhirnya dapat juga berehat selepas agak busy tanpa henti sejak Oktober 2008 lagi. Lagipun kebetulan bulan ini sememangnya bukan peak season, so boleh rehat-rehat sket. Actually takdelah berehat mana, namun waktu ini digunakan sebaik mungkin untuk settle mana-mana kerja tertunggak. Azam Fazrien untuk kembali kepada peak season bulan Mac tanpa sebarang kerja tertangguh. Alhamdullilah, semua album clients sudah diserahkan. Masih tinggal beberapa album yang perlu di re-print, permintaan khas daripada clients tahun-tahun lepas yang ingin menambah lagi koleksi album diorang.. bagus bagus ;)
Jadi ramai la yang asyik bertanya bila nak update blog. Tunggulah ya next week, akan diupload gambar-gambar pada sesi latihan Fazrien Photography dan majlis-majlis mendatang. Jom lihat siapa yang terlibat di belakang tabir Fazrien Photography. Actually hanya saya sendiri yang bergerak, cuma dibantu 2 orang part-timer dan seorang student praktikal. Saya masih belum bersedia mencari fotografer junior, kerana agak susah untuk saya pass job. Nanti kalau hasil tidak memuaskan, hanya membusukkan jenama FAZRIEN itu sendiri. Namun perancangan sudah ada untuk memperkembangkan lagi business ini pada 2010, jika momentum tempahan dan kemajuan dapat dikekalkan. Doa-doakanlah, Insya-Allah.
Fazrien, Photographer @ Boss
Syahir, Practical Student
Amer, partimer staff
Nazrey, partimer staff
OK, sekian sahaja entry tengah kebosanan di ofis. Jam dah menunjukkan 11.01 pm, keluar makan dulu… huhu. See ya!
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com




dah ramai staff nampak?
bagus2..
dah smakin maju…. hehehe