Archive for February 2009
Jumaat lepas Fazrien Photography telah menjalankan sesi training, dengan modelnya saudari Nini. Training ini actually kerana ingin membiasakan dengan kamera baru, mencuba angle-angle terbaru dan mempraktikkan diri mengambil model yang TIDAK biasa bergambar dan pemalu, at least boleh dijadikan panduan jika mendapat clients wedding yang karakternya pemalu juga… hehe.
NOTES
Credits to Suri http://surihafiz.fotopages.com for make-up
Sedikit sahaja gambar, seperti biasa jika ingin melihat lebih banyak gambar sila ke galeri flickr http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets atau viewlah slideshow di bawah. See ya! :)
SLIDESHOW
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Sejak 3 minggu lepas, Fazrien telahpun berehat sebentar dan membekukan sementara mana-mana tempahan majlis. Akhirnya dapat juga berehat selepas agak busy tanpa henti sejak Oktober 2008 lagi. Lagipun kebetulan bulan ini sememangnya bukan peak season, so boleh rehat-rehat sket. Actually takdelah berehat mana, namun waktu ini digunakan sebaik mungkin untuk settle mana-mana kerja tertunggak. Azam Fazrien untuk kembali kepada peak season bulan Mac tanpa sebarang kerja tertangguh. Alhamdullilah, semua album clients sudah diserahkan. Masih tinggal beberapa album yang perlu di re-print, permintaan khas daripada clients tahun-tahun lepas yang ingin menambah lagi koleksi album diorang.. bagus bagus ;)
Jadi ramai la yang asyik bertanya bila nak update blog. Tunggulah ya next week, akan diupload gambar-gambar pada sesi latihan Fazrien Photography dan majlis-majlis mendatang. Jom lihat siapa yang terlibat di belakang tabir Fazrien Photography. Actually hanya saya sendiri yang bergerak, cuma dibantu 2 orang part-timer dan seorang student praktikal. Saya masih belum bersedia mencari fotografer junior, kerana agak susah untuk saya pass job. Nanti kalau hasil tidak memuaskan, hanya membusukkan jenama FAZRIEN itu sendiri. Namun perancangan sudah ada untuk memperkembangkan lagi business ini pada 2010, jika momentum tempahan dan kemajuan dapat dikekalkan. Doa-doakanlah, Insya-Allah.
Fazrien, Photographer @ Boss
Syahir, Practical Student
Amer, partimer staff
Nazrey, partimer staff
OK, sekian sahaja entry tengah kebosanan di ofis. Jam dah menunjukkan 11.01 pm, keluar makan dulu… huhu. See ya!
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
UPDATES : Kedua-dua talian telefon bimbit telah dapat diaktifkan seperti sediakala, namun phonebook tidak dapat diselamatkan. Kepada rakan-rakan, amat dihargai jika dapat memaklumkan kembali nombor-nombor anda. Jangan bimbang kepada bekas clients dan bakal clients yang TELAH menempah, rekod nombor telefon anda telahpun disimpan kemas di dalam database syarikat.
NOTES
Dimaklumkan 3 telefon bimbit saudara FAZRIEN telah disamun dalam satu kejadian awal pagi Jumaat, 6hb Februari 2009. Justeru adalah ingin dimaklumkan sebarang urusan melalui telefon tidak dapat dilakukan dalam tempoh 48 jam terdekat. Sebarang urusan terdekat, sila berhubung melalui email. Insya Allah kesemua nombor telefon bimbit FAZRIEN akan dapat diakses pada hari Ahad ini.
Dimaklumkan juga melalui penukaran simcard gantian, kesemua nombor telefon yang disimpan sudah hilang, KECUALI nombor telefon clients sahaja yang telah direkodkan di dalam fail-fail syarikat. Justeru, kepada bakal clients (Bakal client sahaja, rekod clients yang telah menempah telah disimpan dalam data syarikat), sahabat serta sesiapa yang berurusan dengan FAZRIEN & FAZRIEN Photography secara tidak langsung, harap dapat menghubungi kami kembali selepas talian telefon dapat diaktifkan.
MAAF. KESULITAN AMAT DIKESALI.
AYIEN
shamsul.fazrien@yahoo.com.my




















