Get Adobe Flash player

Archive for January 2009

Jika minggu lepas selamat berlangsung majlis akadnikah pasangan Diana & Ery, pada minggu ini pula berlangsungnya majlis resepsi pasangan ini, bertempat di Dewan Taman Tamadun Islam pada malam Sabtu 10 Januari 2009. Majlis berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran semua tetamu jemputan. Pada kali ini Fazrien Photography selaku jurugambar rasmi membawa 3 staff termasuk saya sendiri untuk merakamkan detik istimewa majlis Diana & Ery. Sama seperti majlis akadnikah mereka, kali ini meriah jugak dengan kehadiran begitu ramai fotografer rasmi & tak rasmi, seolah-olah macam artis plak jadinya Diana & Ery ni.. hehe.

Minggu depan pula majlis bertandang di pihak keluarga Ery. Harap-harap pada minggu depan saya berpeluang membuat sesi outdoor fotografi untuk mereka. Doa-doakanlah cuaca baik. Enjoy da pics! Untuk sebahagian gambar-gambar, ada disimpan di galeri flickr http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com

NOTE : Ini adalah model, bukan owner FAZRIEN Photography. Harap Maklum

Sudah lama tidak membuat sesi latihan fotografi ini. Paling akhir adalah pada Ramadan lepas, September 2008. Ini kerana selama 3 bulan terakhir pada tahun lepas, setiap weekend asyik penuh dengan tugasan wedding. Sesi kali ini disertai oleh 3 orang fotografer, saudara Palie, Irfan & saya sendiri. Modelnya pula bidan terjun saudara Biku..hehe. Sesi diadakan di sekitar Stadium Gong Badak.

Sebenarnya ia sekadar sesi outing, dan berbincang soal teknik serta style mengambil gambar masing-masing. Bagi sesiapa yang nak join, adalah penting dimaklumkan ini bukan sesi mengajar atau belajar ya, cuma sekadar sesi latihan dan beramah mesra. Selepasa abis praktis, kitorang pon ke bowling centre kat stadium, minum di cafe stadium, kemudian shopping ke astaka dan pergi ke pasar minggu. Banyaknya program. maklumlah susah nak dapat peluang berehat camni, dah sebulan suntuk bersengkang mata siapkan album clients. Ini pun masih belum siap sepenuhnya, masih tinggal 6 album, tetapi nak outing jugak pasal nak release tensen..hehe.

Jadi ada sesiapa girls nak volunteer nak jadi model untuk sesi latihan seterusnya? jom!. Next month akan ada lagi sesi latihan ini, maybe sampai ke Kuantan dan KL, alang-alang FAZRIEN Photography bercuti panjang bulan depan. Cuti pasal dah penat bekerja 12-18 jam sehari sejak Oktober lepas. Bukan semudah disangka tau kerja sebagai fotografer nih. Cuti bulan depan akan dimanfaatkan supaya dapat kembali ke peak season bulan Mac dengan idea-idea fotografi yang lebih segar dan mantap. Insya-Allah.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com

Entry pasangan Diana & Ery ini sudah pun diletakkan di fotopages pada minggu lepas. Tapi memandangkan blog ini baru dibuka, jadi diupload sekali lagi di sini supaya semua entry 2009 akan bermula di blog baru ini. Untuk gambar yang lebih banyak, boleh layari my flickr http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets ataupun lihat slideshow http://www.fazrien.com/slides/dianazuhairi pasangan bahagia ini.

Best regards,

Ayien

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba FAZRIEN Photography beralih arah daripada fotopages ke blog baru ini. Ada beberapa sebab kukuh untuk saya mengambil keputusan ini. Sebab utama adalah kerana mendapat gesaan dan cadangan daripada beberapa rakan fotografer yang mengesyorkan untuk saya TIDAK menggunakan laman fotopages lagi. Ini adalah sebagai tanda sokongan untuk kempen tidak menggunakan produk ISRAEL (saya difahamkan oleh beberapa rakan fotografer yang fotopages diasaskan oleh syarikat ISRAEL). Itu adalah sebab utama yang membuatkan saya tidak ragu-ragu berpindah ke blog baru.

Sebab-sebab lain antaranya ialah supaya saya dapat membentuk sebuah laman yang lebih tersusun dan terbaik, khusus buat para viewers dan clients. Sedih juga untuk tidak lagi aktif di fotopages, sudah genap setahun menggunakannya. Bermula daripada tiada viewers, rekod terkini viewers shamsulfazrien.fotopages.com sudah mencecah 700-800 hits setiap hari. Ada orang berpendapat fotopages ini user-friendly, itu kelebihan utamanya. Jadi saya harap, blog baru ini turut mampu meriah dan memuaskan hati anda. Insya-Allah.

Best Regards, Ayien.