Get Adobe Flash player

Archive for January 2009

Sesi outdoor ini diadakan pada Sabtu lepas, ditengah-tengah kehangatan hari pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Bayangkan perjalanan dari Chendering ke Pulau Duyung ini memakan masa 1 jam 30 minit….jammed. Sedikit pics dimasukkan pada entry ini, boleh lihat sedikit lagi di link FLICKR http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets. Untuk Diana & Ery, for da rest of da pics boleh tunggu lepas saya siapkan your album yer :). Enjoy da pics.

NOTES
3 update ini dilakukan dicelah-celah kesibukan saya. Sekarang berada di Mines, kebetulan berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk pelbagai urusan. Kebetulan my faher turut berada di HUKM menerima rawatan, doakan yang terbaik yer.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com

Sesi latihan fotografi ini dibuat last minute, tak dirancang sepenuhnya. Tetapi setelah mendapat desakan dari fotografer Nor yang sanggup turun dari KL, yang bermati-matian meminta saya perturunkan tips fotografi, akhirnya saya mengalah. Seperti yang saya jelaskan sebelum-sebelum ini, saya sukar nak memberi tips kerana saya sendiri tiada ilmu asas dalam fotografi. Apa yang dicapture hanyalah dari gerak naluri hati saya selama 12 bulan baru berkecimpung dalam dunia fotografi ini. Sesi turut disertai beberapa amateur photographer seperti Dir, Palie & Nazri. Lokasinya hanyalah di rumah saya di Kota Metropolitan Kuala Ibai..hihi.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com

Ahad lepas, saya mengikut rakan fotografer Izad pusing-pusing negeri Terengganu untuk merakamkan sesi fotografi bagi projek khas beliau. Sambil-sambil merakamkan foto untuk asignment, tetiba terselit jugak muka fotografer 3-4 keping.. haha. Rasa kelakar tengok gambar sendiri…haha. Tapi pekerjaan utama saya ambil gambar orang, pelik pelik. Sebab itu gambar di atas sengaja dibiarkan my muka tu nampak tak nampak je. :)

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com

Gambar Ihsan Saudara Hasbi

Tolong! Saya perlukan ruang bernafas. Hehe… Teramat-amat sibuk kebelakangan ini. Setiap masa berlalu dirasakan begitu berharga. Sebenarnya kesibukan ini sudah bermula sejak 3 bulan lepas. Sebab itu 15hb Februari nanti saya akan bercuti sepuas-puasnya. Agar dapat kembali ke bulan Mac dengan idea fotografi yang lebih kreatif. Jam dah pukul 330 pagi sekarang, masih ada kerja yang belum setel. Beginilah setiap hari, kerja sampai Subuh sudah menjadi kebiasaan. Tak elok untuk kesihatan, tapi kerja kena dibereskan dahulu. Kalau tak beres, nanti tension pulak, tak elok juga untuk kesihatan kan? hehe.

Mungkin ramai bertanya, apalah yang Fazrien duk busy hari-hari tu? Sememangnya tengok daripada luaran kerjaya fotografi ini tampak mudah, tapi hanya fotografer sahaja yang mengetahuinya. So disini saya berkongsi jadual saya untuk seminggu ini, sebahagian kecil dari 4 bulan saya yang padat.

KHAMIS 15 Jan
Pagi pukul 7 baru mula tidur setelah bersengkang mata dari semalam menyiapkan designing album dan editing. Bangun pukul 11 pagi, then check email di rumah. Biasanya ambil masa 2 jam, agak banyak email perlu direply sekarang. Banyak yang bertanyakan pakej harga dan hal-hal sebagainya. Pukul 2 petang ke ofis Fazrien Photography, menghantar ke courier services mana-mana album yang telah siap dijilid. Petang mula melakukan proses editing dan designing album yang belum siap. Masih ada baki 6 album lagi. Satu album memakan masa 6 jam untuk disiapkan, jika dilakukan tanpa henti dan rehat.

JUMAAT 16 Jan
Seperti biasa, kerja editing stop pada Subuh pagi, kemudian lelapkan mata sebentar. Hari ini ada sesi latihan fotografi siri ke-4. Tidak dirancang sesi latihan ini, tetapi terpaksa dilakukan pada saat-saat akhir memandangkan mendapat permintaan khas fotografer Nor dari Kuala Lumpur. Beliau sejak tahun lepas ingin menjalani sesi training dengan Fazrien Photography. Sanggup datang dari jauh, so terpaksa rancang sesi ini untuk tidak hampakan permintaan beliau. Sebenarnya saya tidak mengajar, kerana saya sendiri tiada ilmu khusus dalam bidang ini, kecuali pengalaman yang baru berusia 12 bulan. Lagipun saya sesekali tidak akan mengajar untuk mana-mana pihak yang menceburkan diri dalam bidang wedding fotografi semata-mata mengejar wang ringgit, tiada passion dan kesungguhan memberikan hasil yang terbaik untuk pengantin. Jadi pastikan anda tidak berada dalam golongan ini.

SABTU 17 Jan
Mempunyai sesi fotografi perkahwinan dari pagi hingga ke petang. Malam pula akan menyambung tugasan editing yang belum siap, sehinggalah ke Subuh.

AHAD 18 Jan
Mempunyai sesi foto untuk projek khas, memerlukan travel ke seluruh lokasi menarik di Terengganu. Hingga lewat petang.

ISNIN 19 Jan
Mempunyai sesi fotografi perkahwinan dari pagi ke lewat petang. Malam menyambung kerja-kerja yang belum siap. Tengah malam pula akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk urusan peribadi penting. Driving.

SELASA 20 Jan
Berurusan di Kuala Lumpur.

RABU 21 Jan
Berurusan di Kuala Lumpur.

KHAMIS 22 Jan
Berurusan dengan supplier dan manufacturer album di Kuala Lumpur. Petang kembali pulang ke Terengganu. Driving.

JUMAAT 23 Jan
Mempunyai sesi fotografi perkahwinan dari pagi sehingga lewat petang. Malam menyambung kerja-kerja editing.

SABTU 24 Jan
Mempunyai sesi fotografi perkahwinan dari pagi sehingga lewat petang. Malam menyambung kerja-kerja editing.

Cukuplah seminggu sahaja jadual dikongsi di blog ini. Apatah lagi pada peak season, lagi padat jadualnya. Busy tak kerjaya saya? Penat. Tapi kepuasannya tiada ternilai, terlalu berharga. Inilah yang menjadi kekuatan dan terus membuatkan saya langsung tidak terasa penat, kerana mencari kepuasan dalam berkarya untuk majlis istimewa anda semua. Hanya satu pesanan, sesibuk mana anda, pastikan anda mempunyai waktu tidur yang cukup berkualiti. :)

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344

YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com