My New Home! www.fazrien.com/blog

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba FAZRIEN Photography beralih arah daripada fotopages ke blog baru ini. Ada beberapa sebab kukuh untuk saya mengambil keputusan ini. Sebab utama adalah kerana mendapat gesaan dan cadangan daripada beberapa rakan fotografer yang mengesyorkan untuk saya TIDAK menggunakan laman fotopages lagi. Ini adalah sebagai tanda sokongan untuk kempen tidak menggunakan produk ISRAEL (saya difahamkan oleh beberapa rakan fotografer yang fotopages diasaskan oleh syarikat ISRAEL). Itu adalah sebab utama yang membuatkan saya tidak ragu-ragu berpindah ke blog baru.

Sebab-sebab lain antaranya ialah supaya saya dapat membentuk sebuah laman yang lebih tersusun dan terbaik, khusus buat para viewers dan clients. Sedih juga untuk tidak lagi aktif di fotopages, sudah genap setahun menggunakannya. Bermula daripada tiada viewers, rekod terkini viewers shamsulfazrien.fotopages.com sudah mencecah 700-800 hits setiap hari. Ada orang berpendapat fotopages ini user-friendly, itu kelebihan utamanya. Jadi saya harap, blog baru ini turut mampu meriah dan memuaskan hati anda. Insya-Allah.

Best Regards, Ayien.

One Response to “My New Home! www.fazrien.com/blog”

  1. nurul says:

    good improvement…. new home…new year! hehehe….

Leave a Reply