Archive for January 2009
Akhir-akhir ini saya kerap menerima pelbagai bentuk serangan (rasanya tidak boleh diklasifikasikan sebagai kritikan kerana terdapat unsur-unsur provokasi dan hasad dengki dalam setiap serangan). Tidak perlu memprovokasi kononya saya tidak berani publishkan kutukan sebegini. Okey sekarang saya dah paparkan kepada umum, jika itu yang para penyerang inginkan. Actually saya tiada masa nak melayan, sebab saya nak sambung kerja-kerja editing album plak. Paling penting, clients menyukai hasil kerja saya, tanyalah saudara Mas & Samsul sendiri. hihihi… macam-macam la Mas skang ni kan…adoi.
Kepada photographer-photographer yang masih berhasad dengki, tak perlulah sentiasa memprovokasi, pertingkatkanlah kualiti anda, nescaya anda akan maju, tapi bukan dengan cara menjatuhkan orang lain. Ingat pada Allah Yang Maha Mengetahui. Sebagai contoh serangan yang diterima, seperti di bawah ;
***********************************************
“f*ck.. mcm hampeh je gamba ko ni…asyik senget je…macamanalah ramai pengantin boleh hire ko …kurangkanla gambar senget ko ni bro…old fashioned dah…”
From Majlis Perkahwinan, Mas & Samsul, Kuala Terengganu, 2009/01/30 at 4:44 PM
**********************************************
Untuk makluman para penyerang, tidak perlu khuatir kerana sebelum mengambil tempahan para clients, sememangnya terdapat syarat yang saya kenakan. Saya juga memilih pelanggan, sepertimana pelanggan memilih fotografer. Seperti terma E dalam kontrak di bawah ;
e) Syarat terpenting, client mesti menyukai & bersetuju dengan gaya & cara kerja fotografi oleh FAZRIEN Photography. Kami tidak mempraktikkan untuk mengambil client yang mempertikaikan gaya gambar & kualiti kerja fotografi kami, untuk mengelakkan sebarang ketidakpuashatian client terhadap hasil kerja kami kelak. Ini kerana kami semestinya memberikan hanya servis yang terbaik, profesional & berkualiti. Oleh itu, 100% kepercayaan & kebebasan perlu diberikan untuk profesionalisme, kerja, harga, gaya foto, gambar & servis FAZRIEN Photography.
Best regards,
AYIEN
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
























